Ceramah Agama : Suatu Pandangan
Menjejak ke bulan maulidurrasul akan memperlihatkan aktiviti ceramah sebagai satu acara rasmi. Baik di masjid, mahu di surau. Di kampung dan di bandar. Semua akn beriya2 mendengar ceramah agama.
Jika dilihat, ceramah agama kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan seperti 15-20 tahun dahulu. Pada masa itupun sudah berada di kemuncak populariti ceramah sebagai satu wadah penyampaian ilmu dan wadah berkongsi maklumat agama. Anak-anak akan beramai2 memenuhi ruang masjid, ibu2 dan bapa2 yang tak pernah pergi ke masjid pun pergi ke masjid.
Ceramah agama pada masa itu boleh diibaratkan sebagai acara mendengar pesanan paling berkesan yang disampaikan oleh para ustaz-ustaz yang cukup gah dipandang. Kehebatan ceramah agama ketika itu juga boleh diibaratkan mendengar amanat-amanat berjuang dan kebanyakkan ceramah agama akan mengundang suasana yang menenangkan. Tidak banyak kelihatan mak bapak duduk berborak atau anak2 berlari bermain.
Persoalannya, mengapa ceramah agama kini tidak menjadi tumpuan? Berdasarkan pemerhatian ringkas pada hari ini, berikut adalah beberapa kemungkinan yang menyebabkan populariti ceramah agama merudum.
1. Ceramah agama tidak menjadi popular kerana tugasnya sebagai media penyebar sudah diambil alih oleh media elektronik dan cetak.
Kiralah berapa banyak rancangan agama yang wujud di radio dan televisyen. Kira juga berapa banyak laman internet dan blog yang membahaskan tentang persoalan agama? Kira juga berapa banyak kedai buku agama yang menjadi tumpuan setiap kali ada buku top diperkatakan?
Dengan adanya kemudahan seperti ini, akses mendapatkan jawapan setiap masalah serta usaha penyegaran roh melalui pembacaan, pendengan dan penglihatan sudah terlalu mudah. Maka tugasan ceramah agama ditinggalkan ke belakang.
2. Salah satu faktor yang sering difikirkan ialah pengaruh politik di dalam pelaksanaan ceramah agama.
Jika dahulu, tidak akan ada bendera atau kain rentang yang mempunyai cap atau logo mana-mana parti atau persatuan politik di dalam kain banner yang diletakkan di depan masjid, simpang jalan dan papan tanda. Namun kini, kita sendiri melihatnya di mana bendera atau banner yang menuliskan siapa penganjurnya lebih besar daripada nama penceramahnya.
Kemudian, sudah biasa dan kita sendiri alami apabila menghadiri majlis ceramah di pihak A akan ada propaganda yang dimasukkan. Kemudia kita ke pihak B, ada juga propaganda yang disebutkan kepada kita. Yang lebih menarik, propaganda di dalam ceramah agama boleh melibatkan sindiran, kutukan, umpatan dan fitnah. Malah banyaknya perkara buruk berbanding yang baik dikatakan di dalam ceramah agama tersebut. Maka anda sendiri mampu menilai di mana letaknya kehebatan ceramah apabila sudah dicemari dengan perkara di atas.
Jika anda seorang penyokong persatuan A, adakah anda akan pergi mendengar ceramah persatuan B yang menjadi lawan anda? Begitu juga sebaliknya. Saya menjangkakan hanya 5 peratus sahaja yang mampu mengetepikan fahaman politik dan menapis apa yang sepatutnya sebagai isi ceramah agama. Melihat penganjurnya pon sudah anda rasa benci, lagilah pula mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah yang sememangnya ahli politik.
3. Ceramah agama sebenarnya sesuatu yang menarik tetapi method penyampaiannya sudah dianggap kuno. Saat anak-anak kita belajar berpandukan LCD dan layar putih sebagai bahan bantu mengajar, mengapa ceramah agama tidak bertindak menggunakan medium yang sama sebagai bahan di dalam ceramah agama.
Orang zaman sekarang sudah tidak boleh lagi disajikan dengan kisah2 tanpa bukti sekalipun benar apa yang dikisahkan. Mereka mahukan sesuatu itu dibuktikan dengan visual.
Ceramah agama bukan konsep pondok tradisional. Apatah lagi sekolah pondok sekarang pon sudah menggunakan peralatan ICt untuk memaparkan kitab lama yang discan ( kitabnya dah lama sangat, sebab tu discan ), menggunakan audio untuk memudahkan proses hafalan al quran, menggunakan kamus elektronik besta untuk mencari makna perkataan dalam bahasa arab. Jadi kepada penganjur ceramah agama apa salahnya menyediakan bahan2 penting ini dan juga nasihat kepada penceramah supaya mempertingkatkan ilmu dalam penggunaan ICT ketika berceramah.
4. Ceramah agama masa kini tidak perlu kaku dengan komunikasi sehala. Ceramah agama perlu memberikan peluang kepada audien mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan tersebut namun ia perlu dibatas pada persoalan tertentu sahaja.
Secara peribadi, saya tidak menyukai ceramah yang penyampaiannya umpama mahu berperang, bercakap di berforum umpama ketinggalan keretapi. Mengapa? Keadaan ini tidak membantu audien untuk berfikir kerana sibuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh penceramah sahaja.
5. Populariti dan personaliti memainkan peranan yang penting. Namun perlu diingatkan bahawa menjadi penceramah untuk menjadi popular merupakan salah satu sebab kegagalan sistem ceramah agama kerana fokus utama ceramah agama sudah ditinggalkan. Di hujungnya adalah sia-sia.
Menggunakan populariti untuk menyampaikan ilmu sahaja tidak cukup. Banyak lagi aspek yang perlu ditonjolkan oleh seseorang yang bergelar penceramah agama. Jika boleh biarlah personaliti kita sebagai seseorang penceramah itu mempunyai trademarknya sendiri.
Saya suka mengambil contoh penceramah2 agama di Indonesia seperti AA Gymnastiar dan Ustaz Jefri Al Buhkhori ( UJAB ). Mereka menampilkan gaya tersendiri apabila berceramah. AA Gym yang nampak tenang tapi penuh humornya, UJAB yang lantang sering pula mengajak kita menyanyi dan menjemput rockers2 menyanyikan lagi nasyid.
Banyak lagi perkara yang hendak diperkatakan tetapi cukuplah sekadar yang ada. Biar ada perubahan sekalipun sedikit. Luahan pendapat ini adalah pendapat peribadi dan tidak kaitan dengan sesiapa. Sekian terima kasih.



















